Tuesday, June 30, 2020

Pertandingan IDEA UNGGUL

 



Pertandingan IDEA UNGGUL @ UiTM 2020 adalah bertemakan KEBIASAAAN BAHARU, JAMINAN KELESTARIAN UiTM dan berfokuskan kepada ciptaan inovasi yang kreatif dan inovatif untuk menjamin kelangsungan perkhidmatan di UiTM yang cekap dan berkesan samada Bekerja Di Pejabat (BDP) atau Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Ia juga meliputi inovasi untuk meningkatkan atau penambahbaikan aspek-aspek kesihatan dan keselamatan, pengajaran dan pembelajaran, cara bekerja dan pelaksanaan kegiatan ekonomi, kaedah komunikasi serta jaminan kesejahteraan kehidupan.

Sehubungan itu, Unit Inovasi dan Kreativiti, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) sebagai sekretariat pertandingan memohon YBhg Dato' / Datin / Prof / Tuan / Puan agar dapat menghebahkan jemputan ini kepada semua staf di PTJ bagi menyertai pertandingan ini. Disertakan poster pemakluman pertandingan dan QR Code untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan.


Monday, August 26, 2019

KIK UiTM inovasikan tepung serba guna daripada kulit pisang nangka.

 
KUMPULAN Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kuala Pilah menghasilkan tepung serba guna daripada kulit pisang nangka.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan, Dr Rosli Noormi berkata, kumpulan KIK yang terdiri daripada sembilan pensyarah dan kakitangan makmal mengambil masa empat hari untuk menghasilkan tepung berkenaan.
Beliau berkata, kumpulan terbabit turut menerima tunjuk ajar daripada Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Rembau, Al-Bakri Mohamed.

“Idea itu tercetus apabila melihat kulit pisang dibuang begitu saja, sedangkan kajian mendapati kulit pisang boleh digunakan untuk menghasilkan produk berkhasiat tinggi seperti tepung serba guna.

“Berikutan itu, kami mendapatkan kulit pisang nangka daripada penduduk dan peniaga di sekitar Kuala Pilah untuk menghasilkan produk itu,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, hari ini.
Hasil kejayaan itu, Rosli berkata, ia bukan saja dapat mengurangkan bahan buangan tetapi menambah nilai ekonomi kepada pengusaha yang mahu menghasilkan tepung terbabit.
Malah, katanya, penghasilan produk itu akan dipertandingkan pada konvensyen KIK di UiTM Kampus Melaka, selama dua hari bermula Rabu ini.
“Produk ini sudah didaftarkan hak cipta dan berharap ia dapat dikomersilkan bagi kegunaan industri makanan.
“Ia mengandungi nutrisi yang tinggi seperti mineral, karbohidrat, fiber dan sebatian antikanser serta sesuai digunakan bagi membuat biskut, kek coklat, muffin dan lempeng,” katanya.
Sementara itu, pengusaha produk makanan, Ramlan Marzuki, 27, yang berpeluang menggunakan tepung berkenaan berkata, produk itu seperti bijirin.
Ramlan yang menjalankan perniagaan di Kampung Getir, Kuala Pilah berkata, dia tidak menyangka tepung serba guna itu dihasilkan daripada kulit pisang kerana berkualiti tinggi seperti tepung lain.






#inovasi #kikuitm #kulitpisang

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019

sumber 
Abnor Hamizam Abd Manap

Wednesday, August 21, 2019

UiTM Gondol Juara dalam KIK Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15 Tahun 2019

 



Pada 20-21 Ogos 2019 telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15 Tahun 2019 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka  (UTeM) yang turut disertai oleh 35 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari 18 Universiti Awam Malaysia.

Terdapat 2 kategori projek yang dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Sebanyak 17 kategori pertandingan dan hadiah yang dipertandingkan.

Konvensyen ini telah mencungkil idea rekabentuk dan inovasi di kalangan kakitangan Universiti Awam (UA) dan menjadikan kakitangan UA kreatif dan menyumbangkan hasil kreatif mereka dengan menerapkan idea dalam sistem yang berfungsi atau produk untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam aktiviti latihan.

Selain itu, ianya juga m
erangkumkan segala ilmu pengetahuan dan cetusan idea baharu bagi menghasilkan inovasi daya cipta unggul dengan memupuk nilai-nilai pengurusan berkesan, serta menggalakkan persaingan yang sihat melalui inovasi, sains dan teknologi dan dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam amalan pengurusan berkesan dan mencari kaedah penyelesaian yang boleh diambil.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menggondol Johan Keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Kali Ke-15 Tahun 2019 melalui Kumpulan Rising Stars, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam (APB, UiTM Shah Alam) dengan produk inovasi ‘game board‘ Bahasa Inggeris yang dinamakan ‘Figure It Out‘. Dengan kemenangan ini mereka menerima piala pusingan dan sijil penghargaan.

Menurut Ketua Kumpulan Rising Stars, Dr Nalini Arumugam ‘Game board‘ ini telah dibangunkan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Universiti.

Kegembiraan berganda ‘Rising Stars’ diperolehi dengan pencapaian Johan bagi Kategori Inovasi Pengurusan. Johan Kategori Pengurusan juga membawa balik piala, wang tunai RM6,000 dan sijil penarafan.

Ketua Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), UiTM Dr. Nor Hanisah memaklumkan 3 Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang mewakili Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu:

  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) BEAKER, UiTM Perlis;
  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ACRe, UiTM Perak;
  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Rising Stars, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

Mereka telah menggondol pingat emas untuk inovasi produk masing-masing. Kejayaan ni adalah kejayaan julung kali sepanjang 15 penglibatan UiTM dlm pertandingan di peringkat Universiti Awam Malaysia.


Sunday, May 19, 2019

Konvensyen KIK 2019 Peringkat Zon Tengah Universiti Teknologi MARA

 


Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah dipilih secara rasminya sebagai tuan rumah dalam penganjuran Konvesyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Zon Tengah 2019. Acara ini akan berlangsung di Dewan Seminar FSK, Aras 8, Bangunan FSK 6, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 12 September 2019.
 
Sehubungan itu, pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua PTJ, Jabatan dan Bahagian yang berpusat di Zon Tengah iaitu dari UiTM Kampus Shah Alam, UiTM Kampus Puncak Alam, UiTM Kampus Puncak Perdana, UiTM Kampus Jalan Othman, UiTM Kampus Selayang, UiTM Kampus Sungai Buloh, UiTM Kampus Dengkil dan UiTM Kampus Seksyen 17. Tiada yuran penyertaan dikenakan.
 
Pertandingan ini adalah terhad kepada 10 (SEPULUH) pasukan terawal sahaja. Pendaftaran penyertaan pasukan boleh dibuat bermula dari 23 Mei 2019 sehingga 29 Ogos 2019.
 
Berikut adalah antara hadiah dan kategori yang dipertandingkan:
 
• Johan 
• Naib Johan 
• Ketiga 
• Anugerah KIK Berpotensi
• Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan
• Anugerah KIK HIBRID Terbaik Inovasi Pengurusan
• Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
• Anugerah Penjanaan Pendapatan Sebenar Terbaik
• Anugerah Dokumentasi Terbaik
• Anugerah Persembahan Terbaik
• Anugerah Pembentang Terbaik
Untuk penyertaan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi, Dr. Emida Mohamed (Timbalan Pengerusi KIK Fakulti Sains Kesihatan) di talian 014-2258820, Puan Hazura Hussin (AJK Pendaftaran dan Jemputan) di talian 012-5282818 atau Puan Normah Rosdi (AJK Pendaftaran dan Jemputan) di talian 011-32501469.
Penyertaan pasukan perlu dialamatkan ke email rasmi kami seperti berikut:
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://inqka.uitm.edu.my/main/index.php/excellence-awards/kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik/kik-horizon-baharu dan untuk borang penyertaan, sila layari pautan http://portalkik.uitm.edu.my
 
PENTING: Sila gunakan pelayar INTERNET EXPLORER atau MORZILLA FIREFOX bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menekan link.

Thursday, November 1, 2018

KONVENSYEN KIK PERINGKAT UiTM 2018



KONVENSYEN KIK PERINGKAT UiTM 2018
04 Dec, 2:00 PM – 06 Dec, 1:00 PM
Ixora Hotel Penang 3096 Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang, Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dipilih sebagai Tuan Rumah bagi Konvensyen KIK Peringkat UiTM Tahun 2018. Dengan bertemakan INOVASI MERENTAS HORIZON, kami mengajak para warga UiTM untuk menyertai kami dalam pemesatan aktiviti KIK di ufuk horizon baharu dan industri 4.0.

Latar Belakang Konvensyen
Meneruskan matlamat Konvensyen KIK tahun yang lepas (2017) dalam merealisasikan penerapan inovasi industri 4.0 dalam kalangan warga UiTM, Konvensyen KIK tahun ini (2018), dengan bertemakan INOVASI MERENTAS HORIZON, diharapkan dapat mencapai objektif memartabatkan idea-idea kreatif dan inovatif seiring dengan horizon baharu dalam kalangan warga UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.


Buku Program

https://docs.wixstatic.com/ugd/77a313_743f78d42e6743ab822685b49ad4d93f.pdf
https://docs.wixstatic.com/ugd/77a313_743f78d42e6743ab822685b49ad4d93f.pdf




#kik #kikuitm

sumber : https://kikuitmcpp.wixsite.com/kikuitm

 

 



Friday, July 6, 2018

EUREKA #UM2018: Expo on University Research Invention, Creation & Innovation


Sebagai tuan rumah untuk Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat UA kali ke-14 pada tahun 2018, Universiti Malaya (UM) telah mengambil inisiatif bagi menjayakan mandat yang diberi pada Majlis Penutup Konvensyen KIK kali ke-13 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dengan menawarkan konsep yang baru  dalam menganjurkan Konvensyen KIK di peringkat Universiti Awam (UA). Pada tahun ini, UM menggabungkan pembentangan dan pameran yang melibatkan projek penyelidikan dan inovasi, kreativiti dan pengalaman baru di dalam satu konvensyen yang dinamakan sebagai EUREKA #UM2018.


Penganjuran EUREKA #UM2018 terdiri daripada dua (2) kategori utama iaitu Konvensyen KIK dan International Research Innovation, Invention Solution Exposition (i-RIISE). Penyertaan KIK adalah khas kepada penyertaan dari Universiti Awam, manakala penyertaan i-RIISE adalah terbuka kepada semua institusi pengajian termasuk Sekolah (Menengah & Rendah), Institusi Pengajian Tinggi (Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian dan lain-lain) serta terbuka untuk semua Universiti (Awam & Swasta).
 

 Objektif utama penganjuran EUREKA #UM2018 adalah:

  • Menggalakkan dan mencungkil cetusan idea baharu dalam rekabentuk dan inovasi;
  • Menerapkan kreativiti di dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan;
  • Menggalakkan persaingan sihat menerusi inovasi, sains dan teknologi;
  • Menjadi platform untuk berkongsi amalan terbaik dan berkesan yang boleh diambil dalam pengurusan dan pentadbiran;
  • Sebagai pemangkin kepada generasi baru dalam penyelidikan, inovasi dan daya cipta unggul; dan
  • Meningkatkan keterlihatan (visibility) dan penjenamaan Universiti Malaya sebagai peneraju dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pendidikan tinggi yang berkualiti sesuai dengan imej universiti penyelidikan yang dipegang.

    Brosur Eureka #UM2018

    LATAR BELAKANG

    Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam diteruskan lagi buat kali ke-14 pada tahun 2018 dengan mendukung aspirasi dan harapan agar konvensyen ini dapat menjadi arena domain bagi berkongsi idea-idea dan amalan-amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan universiti awam. Bermula pada tahun 2004, pelaksanaan KIK di peringkat universiti awam dirintiskan menerusi persetujuan Jawatankuasa Latihan Universiti Malaysia (JALUMA) sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti.

    Siri Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam (UA)

    LATIHAN PERSEMBAHAN




    PEMBENTANGAN KUMPULAN


    MAJLIS PENUTUP

    sumber
    https://eureka.um.edu.my/