Monday, July 25, 2011

Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2011

Tarikh: 26 Julai 2011 (Selasa)
Masa  : 8.00 pagi (Pendaftaran)
          : 4.00 petang ( Penyampaian hadiah)
Tempat: Dewan Annexe, UiTM
Tema  : Ke arah Pengurusan Wajar melalui Inovasi



Mini Konvesyen KIK 2011 dianjurkan oleh Pejabat Bendahari  

Pejabat Bendahari Universiti merupakan nadi utama dalam pengurusan kewangan bagi keseluruhan sistem Universiti sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta  Institut Teknologi MARA 1973 dan ia diuruskan secara berpusat. Perkembangan Pejabat Bendahari adalah selari dengan perkembangan Universiti bermula sejak penubuhan Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 sehinggalah diiktiraf menjadi sebuah universiti pada 26 Ogos 1999 iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kini, perkhidmatan Pejabat Bendahari terdapat di semua fakulti dan bahagian di Shah Alam serta 26 buah kampus melalui unit kewangan zon dan pejabat bendahari cawangan masing-masing. Dengan hal ini ia dapat memastikan sumber kewangan diurus tadbir dengan sebaik mungkin melalui struktur dan proses yang kemas dan berkesan dalam mendokong hasrat UiTM untuk menjadi universiti yang unggul.



Thursday, March 3, 2011

Keputusan Konvensyen KIK IPTA kali ke 7 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia












































Alhamdullilah Konvensyen KIK IPTA kali ke 7 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia telah berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan  kepada Kumpulan KIK UiTM yang telah merangkul beberapa gelaran di Konvensyen kali ini iaitu:


REACH (UiTM PAHANG) - Naib Johan Kategori Pengurusan

 
Z'MAX (UiTM-Pusat Kesihatan) - Naib Johan Kategori Teknikal
 
TITANIUM (PTAR-UiTM Shah Alam) - Inovasi Harapan
 
 
 
 
 
 
 
Berikut adalah keputusan penuh pada Konvensyen tersebut :-



Johan Keseluruhan - SINARAN (UKM)
Fasilitator Terbaik - SINARAN (UKM)
Inovasi Harapan - TITANIUM (PTAR-UiTM)




Kategori Pengurusan
Johan - UPM
Naib Johan - REACH (UiTM PAHANG)
Ketiga -
Inovasi Terbaik - MESMERIZE (UPSI)
Persembahan Terbaik - HCD SOLUTION (UTM)


Kategori Teknikal
Johan - SINARAN (UKM)
Naib Johan - Z'MAX (UiTM-Pusat Kesihatan)
Ketiga - APQ TEAM (UTM)
Inovasi Terbaik - V-CARE (UPM)
Persembahan Terbaik - REHAB CHARGER (USM)


Tahniah dan syabas kepada semua kumpulan yang berjaya.

Pencapaian tahun 2010 http://kik.uitm.edu.my/pencapaian-kik-uitm/2010.html
pencapaian tahun 2009 http://kik.uitm.edu.my/pencapaian-kik-uitm/2009.html

Sumber dari laman web KIK UiTM
http://kik.uitm.edu.my/ 
http://kik.uitm.edu.my/component/content/article/1-latest-news/75-keputusan-konvensyen-kik-ipta-kali-ke-7-yang-diadakan-di-universiti-putra-malaysia.html 
 
 

Friday, February 25, 2011

Persediaan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011

Kumpulan Inovatif Kreatif , REACH - UITM PAHANG,  Z'MAX - PUSAT KESIHATAN, PELANGI - PENDAFTAR dan   TITANIUM  - KIK PTAR telah terpilih mewakili UiTM menyertai Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke 7  bermula  dari 1 hingga 3 Mac 2011. Pada tahun 2011 ini Universiti Putra Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 .

sekitar persediaan Kumpulan








Keseluruhan sebanyak 39  kumpulan dijangka membuat pembentangan selama 2 hari  mewakili sejumlah 20 Universiti  dimana 16 kumpulan bagi Kategori Teknikal dan 23 bagi Kategori  Pengurusan,

Pembentangan projek kumpulan di lakukan serentak dari lokasi berikut: 
1. Persembahan Kategori Teknikal
Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 


2. Persembahan Kategori Pengurusan
Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 


"live streaming" sesi pembentangan projek KIK boleh diikuti dari dari laman web berikut : http://live.upm.edu.my//






Sesi pembentangan kumpulan akan bermula pada 2 dan 3 Mac 2011,
berikut jadual giliran persembahan mengikut IPTA http://www.reg.upm.edu.my/kik_ipta/brg/No.%20Giliran%20persembahan.pdf


Berikut Atur Acara Konvensyen:

HARI PERTAMA
TARIKH : 01 MAC 2011 (SELASA)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR  & PANGGUNG PERCUBAAN
PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN 
ABDUL AZIZ SHAH 
02.00 petang Check –in  Peserta dan Pemerhati di hotel Nouvelle, Seri Kembangan ,Selangor
03.00 petang Pendaftaran Peserta di Dewan Besar
03.30 petang Taklimat di Dewan Besar dan Raptai Konvensyen Kumpulan Inovatif &  Kreatif (KIK) di Dewan Besar (Kategori Pengurusan) dan Panggung 
Percubaan (Kategori Teknikal)
5.00 petang Minum Petang / bersurai

Atur Acara Konvensyen hari kedua dan ketiga boleh didapati di http://www.reg.upm.edu.my/kik_ipta/brg/Aturcara%20konvensyen%20KIK%20IPTA.pdf


http://kik.uitm.edu.my/

Wednesday, January 19, 2011

Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011

















Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2010 yang diadakan pada 19hb. Februari 2010 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Putra Malaysia sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 iaitu pada tahun 2011.


Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).


Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.


Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat IPTA seperti pada Jadual 1.

 












Tarikh Konvensyen KIK Peringkat IPTA  kali ke 7 dijadualkan pada 1 – 3 Mac 2011
bertempat di:

(a)Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori Teknikal);

(b)Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori)



Terdapat 2 Kategori Projek
(a) Kategori Pengurusan
Kategori Pengurusan adalah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja.  Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan sderta faedah-faedah lain
  
(b) Kategori Teknikal

Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science).  Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu.  Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama.  Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru

Syarat Pertandingan
Yuran Penyertaan
Kategori Hadiah
Keperluan Peralatan & Penginapan
Etika Pakaian & Logo Pasukan
Kriteria Penilaian


Muat Turun Borang
Borang Penyertaan
Borang Abstrak
Borang Keperluan Peralatan
Borang Keperluan Penginapan

Maklumat lanjut hubungi :

Urusetia
Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke-7,
Seksyen Pengurusan Kualiti,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia & Pengurusan Kualiti,
Pejabat Pendaftar,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan

Pn. Rozi Tamin
(
t_rozi@putra.upm.edu.my)
Cik Mahmudah Aunuddin
(
mahmudah@putra.upm.edu.my)
Tel : 03-8947 2027/8946 7044
Faks : 03-89467151/8942 6468
Emel :
spkpendaftar@gmail.com 

Monday, January 3, 2011

KURSUS ICC UNTUK AHLI KUMPULAN, 18-19 JANUARI 2011

JEMPUTAN KE KURSUS ICC UNTUK AHLI KUMPULAN, 18-19 JANUARI 2011


ICC UNTUK AHLI KUMPULAN
TARIKH : 18 – 19 JANUARI 2011
TEMPAT : HOTEL QUALITY, SHAH ALAM
ANJURAN : PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)


Dalam pasaran yang kompetitif masa kini, setiap pekerja perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan dengan lebih berkualiti. Salah satu kaedah yang efektif adalah melalui penglibatan di dalam aktiviti kumpulan ICC atau ‘Innovative and Creative Circle’. Aktiviti ini menyumbang ke arah usaha penambahbaikan berterusan.




Objektif :


Di akhir program ini, para peserta akan dapat :


Memahami konsep dan falsafah ICC
Memahami teknik penyelesaian masalah
Mengaplikasikan teknik dan alat-alat ICC


Sila muat turun borang permohonan dan brosur di bawah :
Borang Permohonan



Brosur Kursus




Sila berhubung dengan pegawai berikut untuk maklumat lanjut :



U/P - Pn. Sharifah Shamsiah Syed (Email : sh.shamsiah@mpc.gov.my / Pn. Siti Zurianah Othman (Zurianah@mpc.gov.my)



Jabatan Inovasi Enterpris, Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor


Tel : +603-7955 7266 ext. 324 / 334 Faks : +603-7957 8068 (E) / 7955 1824 (B)


Talian Bebas Tol : 1-800-88-1140 Laman Web : www.mpc.gov.my
Tel : 03-7955 7266


http://www.mpc.gov.my/home/?kod1=k&kod2=events&item=000032&sstr_lang=bm&t=3