Thursday, September 20, 2012

Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012


Kik_perpustakaan_semalaysia

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4,  2012 yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu, dari 18 hingga 19 September 2012. Penyertaan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pengurusan dan teknikal. Projek yang dipersembahkan dapat memberi bantuan kepada perpustakaan dalam membantu dan menaiktarafkan perkhidmatan perpustakaan.


Anugerah Pertama bagi Katergori Pengurusan telah dimenangi oleh KIK Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam dengan membawa pulang Piala dan wang berjumlah RM 3,000  Sementara KIK Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan telah merangkul anugerah Penyampai Terbaik.

20120919tatiniumjohanpengurusan
20120919hadiahkiktitanium

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu iaitu Dato’ Tuan Mamat b. Tuan Ngah. Lebih kurang 17 perpustakaan yang telah mengambil bahagian dalam program ini  antaranya Titanium, Paradigma, Spektrum, C-FAR, KL LIB, R.E.A.D, WAVE ICQ,  Tuah, Vitalize, X-Tra Ordinary, 5K, Intelek 2.0, Q-LIB, Smart Layer, Bibliotera, Elite 10 dan Lentera.

Sementara majlis penutup pula berlangsung pada 19 September (Rabu) jam 8.15 malam dengan ucapan penutup oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahmad Muda.
Sesipenyampaianhadiah

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua II Persatuan Pustakawan Malaysia, Maimunah Abd. Kadir dan diakhiri dengan acara makan malam sebelum melabuh tirai oleh persembahan lagu-lagu Tradisional Terengganu.

 
Senarai penerima Anugerah adalah seperti berikut:

KATEGORI PENGURUSAN :

Pertama Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam

Kedua    Kumpulan 5K dari Perpustakaan Sultan Zanariah UiTM, Skudai

Ketiga    Kumpulan Vitalize dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia


KATEGORI TEKNIKAL:

Pertama Kumpulan Smart Layer dari Perbandanan Perpustakaan Awam Terengganu

Kedua    Kumpulan Tuah dari Perbandanan Perpustakaan Awam Perak

Ketiga    Kumpulan C-FAR dari Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia


KATEGORI KHAS :

MOST CREATIVE TEAM Kumpulan Intelek 2.0 dari Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya

PENYAMAPAI TERBAIK Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan


http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=90:perpustakaan-uitm-telah-merangkul-dua-anugerah-di-konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia-kali-ke-4-2012&catid=38:event
http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2012/09/konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia.html

No comments:

Post a Comment