Friday, November 1, 2013

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Kali Ke-18


Selaras dengan usaha kerajaan, UiTM sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Justeru, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).


 Penganjuran Konvensyen KIK UiTM menjadi acara tahunan universiti. Pada tahun ini, UiTM (Perak) buat julung kalinya telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif kali ke -18..

Tarikh : 2 hingga 5 Disember 2013 (Isnin hingga Khamis)
Tempat: Dewan Seri Iskandar, UiTM (Perak) , Dewan Al - Khawarizmi, UiTM (Perak)

Unit Pengurusan Kualiti
Universiti Teknologi MARA (Perak)
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak
Email  : kikuitm18prk@perak.uitm.edu.my
Phone : +605 - 374 2668 / 2665  (Office)
Fax       : +605 - 374 2451

http://perak.uitm.edu.my/kikuitm18/

http://inqka.uitm.edu.my/v1/images/stories/KIK/2013/laporan_penganjuran_kik_uitm_ke18_translatednew.pdf