Monday, July 27, 2015

Bengkel Teknik Memuatnaik Dokumen Ke Sistem Pengurusan KIK UiTM




Untuk makluman, Konvensyen KIK Peringkat Zon akan berlansung tidak lama lagi. Bagi  proses pendaftaran kumpulan sehingga penghantaran dokumen kepada pihak penganjur akan dilaksanakan melalui sistem Pengurusan KIK UiTM yang boleh dicapai di http://portalkik.uitm.edu.my

Sehubungan dengan itu, InQKA akan menganjurkan dua (2) sesi  "Bengkel Teknik Memuatnaik  Dokumen Ke Sistem Pengurusan KIK UiTM" seperti maklumat berikut:-



Ini merupakan inisiatif pihak InQKA dan InfoTech bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh peserta apabila memuatnaik dokumen yang bersaiz besar ke dalam sistem sepertimana yang berlaku di Konvensyen KIK UiTM yang lepas. Penyertaan bengkel ini terhad kepada 20 orang sahaja bagi setiap sesi, setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang wakil.

Segala perbelanjaan menghadiri bengkel adalah dibawah tanggungjawab PTJ masing-masing.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Julai 2015 (Rabu).



Borang penyertaan boleh dihantar kepada  juhirniza@salam.uitm.edu.my atau fax 03 -5522 5547. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Siti Nor Juhirniza di talian 03 - 5522 5574.


Follow us

No comments:

Post a Comment