Sunday, October 25, 2015

Pemakluman Awal Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat UiTM 2015


MAKLUMAN

Untuk makluman, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat  UiTM 2015 dijangka akan diadakan pada 3 - 5 November 2015 bertempat di Hotel Adiya , Langkawi, Kedah.

Sehubungan dengan itu, semua kumpulan KIK yang telah bertanding pada peringkat zon diminta membuat persediaan awal sementara menunggu keputusan pemilihan.

Keputusan pemilihan kumpulan yang layak ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat  UiTM 2015 akan dikeluarkan selewatnya-lewatnya  28 Oktober 2015 selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan bersidang. Untuk makluman juga, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon yang terakhir (Selatan) akan selesai pada 27 Oktober 2015.

Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa pemilihan adalah berdasarkan kumpulan yang  telah berdaftar dalam sistem portalkik.uitm.edu.my sahaja.

Sekian, dimaklumkan.

Salam Hormat


Prof. Madya Dr. Famiza Binti Abdul Latif

Ketua Inovasi dan Kreativiti
Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
UiTM





https://www.facebook.com/kikuitm
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
http://kikuitm.blogspot.com
https://twitter.com/kikuitm/

No comments:

Post a Comment