Friday, September 30, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK UiTM ZON TENGAH 2016


Konvensyen KIK peringkat Zon Tengah 2016 telah diadakan pada 28 September 2016 (Rabu) yang lalu. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam. 
 
Sebanyak 8 kumpulan IK daripada seluruh UiTM Selangor (termasuk satu kumpulan daripada ILD, Perak) telah berentap pada konvensyen ini.
 
Pihak InQKA juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah menjayakan penganjuran konvensyen ini dengan baik. Syabas dan tahniah juga buat kesemua kumpulan IK yang bertanding dan memenangi anugerah di konvenyen ini.
Kehadiran PNC InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor di konvensyen ini diharap dapat menaikkan semangat para peserta dan warga UiTM lainnya untuk bergiat aktif dalam KIK.
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen.
 

Foto sekitar kik zon tengah:

 







Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti

Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm

Tuesday, September 27, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK UiTM ZON TIMUR 2016


Pada 25 - 26 September 2016 yang lalu, Konvensyen KIK peringkat Zon Timur telah berjaya dianjurkan oleh Unit Kualiti, UiTM Terengganu. Sebanyak 8 kumpulan IK telah berentap di konvensyen tersebut yang mana 2 Kumpulan daripada UiTM Kelantan, 2 Kumpulan daripada UiTM Pahang dan 4 Kumpulan daripada UiTM Terengganu.

Pihak InQKA mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan program dengan jayanya. Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Timur ini. Kehadiran Rektor UiTM Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi beserta semua Timbalan Rektor dilihat sebagai sesuatu yang positif terhadap perkembangan KIK di UiTM, khasnya di peringkat Zon Timur.

Keputusan 







Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".

DR AIDA FIRDAUS BT MUHAMMAD NURUL AZMI
Ketua Inovasi dan Kreativiti (KIK)



 Foto-foto sekitar Konvensyen