Tuesday, September 27, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK UiTM ZON TIMUR 2016


Pada 25 - 26 September 2016 yang lalu, Konvensyen KIK peringkat Zon Timur telah berjaya dianjurkan oleh Unit Kualiti, UiTM Terengganu. Sebanyak 8 kumpulan IK telah berentap di konvensyen tersebut yang mana 2 Kumpulan daripada UiTM Kelantan, 2 Kumpulan daripada UiTM Pahang dan 4 Kumpulan daripada UiTM Terengganu.

Pihak InQKA mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menganjurkan program dengan jayanya. Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Timur ini. Kehadiran Rektor UiTM Terengganu, Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi beserta semua Timbalan Rektor dilihat sebagai sesuatu yang positif terhadap perkembangan KIK di UiTM, khasnya di peringkat Zon Timur.

Keputusan 







Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan".

DR AIDA FIRDAUS BT MUHAMMAD NURUL AZMI
Ketua Inovasi dan Kreativiti (KIK)



 Foto-foto sekitar Konvensyen











































No comments:

Post a Comment