Thursday, October 6, 2016

KEPUTUSAN KONVENSYEN KIK ZON SABAH 2016


 
Konvensyen KIK Sabah 2016 telah berjaya dianjurkan oleh UiTM Sabah pada 06 Oktober 2016 (Khamis) yang lalu di Bilik Tayangan, Tingkat 3, PTAR UiTM Sabah. Sebanyak 2 kumpulan telah bertanding pada konvensyen ini. Pihak InQKA mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta yang telah berusaha menjayakan konvensyen ini.
 
Penolong Naib Canselor InQKA, Prof. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap KIK UiTM dan seterusnya merasmikan Konvensyen KIK Zon Sabah ini. Penglibatan Rektor UiTM Sabah, Datuk Dr. Haji Abdul Kadir Haji Rosline @ Ruslim selaku salah seorang ahli kumpulan IK menunjukkan penglibatan dan tanda sokongan yang tinggi oleh pihak pengurusan kanan universiti. Tahniah sekali lagi diucapkan.
 
Pihak InQKA juga mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Semoga KIK terus cemerlang dan menepati impian merealisasikan "Inovasi Pemangkin Kecemerlangan"
 
Berikut dilampirkan senarai pemenang dan gambar sekitar penganjuran konvensyen. 








Yang benar,
Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi Ketua Inovasi dan Kreativiti


Folow us
https://plus.google.com/+KikUitm/posts
https://www.flickr.com/photos/kikuitm/
http://instagram.com/kikuitm
 

No comments:

Post a Comment